Sunday, 26 November 2017

                BIODATA PARAMESWARA

          Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas PalembangBentan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401). Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.[2][3]
            Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.
Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanangpada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.

                                              MELAKA DIKENALI

Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.

 
Pada tahun 1403,Laksamana Ying Ching telah tiba di Melaka untuk memberikan hadiah kebesaran daripada Maharaja Yung Lo kepada Parameswara sebagai tanda persahabatan dengan negeri baru Melaka itu. Kemudian pada tahun 1405,Parameswara telah membalas hadiah-hadiah kebesaran pula kepada Maharaja Yung Lo.

Kemudian Parameswara telah memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda juga  telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia. Pada tahun yang sama juga , Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia.Pada tahun 1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk bertemu dengan Maharaja Ming,Yung Lo. Maharaja Yung Lo juga mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.

Parameswara(Raja Iskandar Shah) telah mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya Sultan Megat Iskandar Shah pada tahun 1414-1424. Kemudian baginda digantikan dengan Sultan Muhammad Shah yang merupakan putera baginda sendiri bermula pada tahun 1424 sehinggalah 1444.Apabila baginda mangkat pada tahun 1444,putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan Raja Ibrahim telah menggantikannya.Namun begitu,pemerintah sebenarnya adalah sepupu Puteri Rokan.Maka Raja Ibrahim telah dibunuh oleh orang-orang besar Melaka yang tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut.Beliau juga telah dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".Kemudian,kekanda Raja Ibrahim,Raja Kasim yang merupakan anak kepada isteri pertama Tun wati,menaiki takhta pada tahun 1445 dan menggunakan gelaran "Sultan Muzaffar Shah"sehinggalah tahun 1456.Baginda juga yang mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.

Semasa pemerintahannya,dua serangan telah terjadi ke atas Melaka yang telah dibuat oleh pihak Siam.Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445.Tun Perak dan Tun Hamzah(Tok Bongkok) telah menewaskannya.Kemudian,pada tahun 1456,Siam telah melancarkan serangan kedua yang diketuai oleh Awi Dichu melaui laut dan sekali lagi Tun Perak telah menewaskannya ,dan kali ini lebih mudah.Selepas dua kekalahan yang dialami oleh Siam iaitu di darat dan laut,Siam tidak lagi mencuba menyerang Empayar Melayu Melaka.Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja".Beliau telah berkhidmat di bawah empat orang sultan dan menjadi tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kejayaannya di Kepulauan Melaka.