5.4.5 PENDEKATAN MENANGANI CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA
- Dalam menangani konflik kaum tersebut,strategi jangka panjang untuk memupukkan perpaduan kaum mula dirangka.Terdapat beberapa strategi untuk membentuk sebuah negara bangsa yang berjaya dan aman.Antaranya ialah:
Memberi Galakan kepada Penduduk Berhijrah dari Satu Kawasan ke Kawasan Lain
- Menyatukan perkhidmatan awam antara semua negeri di Malaysia.
- Pegawai kerajaan serta keluarga mereka boleh diarahkan untuk berpindah dan berkhidmat di wilayah-wilayah yang memerlukan khidmat mereka.
- Para pegawai ini juga boleh digalakkan untuk menyertai seminar, persidangan dan program latihan di beberapa pusat bandar.
- Mewujudkan perkembangan peluang perniagaan yang lebih baik ditempat lain.
- Dalam bidang keselamatan , keperluan keselamatan dan pembesaran angkatan tentera dan polis di wilayah .
Penyeragaman Sistem Pendidikan (Melalui Dasar-dasar Pelajaran)
- Dasar pelajaran/berhubung dengan isu pendidikan:
➡Penyata Fenn Wu
➡Undang - undang Pelajaran 1952
➡Penyata Razak
➡Penyata Rahman Talib
➡Dasar Pendidikan Kebangsaan
- Memastikan pengasingan yang wujud dalam sistem pendidikan sebelum ini dapat dimansuh dan digantikan dengan sistem pendidikan yang lebih seragam dan menyeluruh.
- Keseragaman pendidikan lebih menjamin perpaduan rakyat .
Peranan Media Massa
- Pendedahan kepada pelbagai berita, laporan dan dasar kerajaan akan dapat mengurangkan jurang maklumat yang wujud.
- Contohnya, radio,televisyen dan akhbar
- Media massa dapat membentuk pemikiran dan pandangan rakyat yang memahami pelbagai nilai dan simbol negara .
- Media massa penting dalam memastikan tiada lagi penguasaan media massa asing terutama dari China dan India.
- Untuk memupuk semangat cinta akan tanah air, media massa berperanan mengajak kaum pendatang untuk mengalihkan tumpuan kepada Tanah Melayu.
Integrasi Ekonomi
- Ini dilaksanakan melalui dasar-dasar pembangunan seperti :
➡Rancangan Pembangunan Lima Tahun
➡Dasar Ekonomi Baru
➡Dasar Pembangunan Nasional
- Tujuannya untuk mengurangkan jurang ekonomi yang wujud akibat dasar yang dilaksanakan oleh pihak British pada zaman penjajahan.
- Ia penting dalam memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dan selepas kemerdekaan dapat dimansuhkan.
Penyatuan Fahaman Politik
- Sistem kerajaan campuran (campuran dari segi pelbagai kaum). Ia dikembangkan melalui sistem politik yang fleksibel.
- Sistem ini juga tidak mengetepikan parti politik yang berkuasa di Sabah & Sarawak
- Maka, muncullah parti PERIKATAN , iaitu hasil gabungan UMNO, MCA, dan MIC.
- Setelah Barisan Nasional muncul, keanggotaan parti komponen semakin bertambah .
- Menerusi perpaduan politik ini, sebarang asas pertikaian dan pertelingkahan dapat dibenteras dan sebuah negara yang aman dan makmur dapat diwujudkan .
Parti-parti Komponen barisan Nasional
(Semasa Ditubuhkan)
Semenanjung - UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu)
- MCA(Persatuan Cina Malaysia)
- MIC(Persatuan India Malaysia)
- PPP(Parti Kemajuan Rakyat)
- Gerakan(Parti Gerakan Rakyat Malaysia)
- AKAR(Angkatan Keadilan Rakyat)
Sarawak -PBDS (Parti Bangsa Dayak Sarawak)
- SNAP (Parti Kebangsaan Malaysia)
- PBB (Parti Pusaka Bumiputera Bersatu)
- SUPP (Parti Bersatu Rakyat Sarawak)
Sabah - PBRS(Parti Bersatu Rakyat Sabah)
- PDS (Parti Demokratik Sabah)
- SAPP (Parti Kemajuan Sabah)
- Pindaan Akta Hasutan dikeluarkan bagi membolehkan 2 perkara sensitif berikut tidak dibincangkan secara umum iaitu:
- Kedudukan istimewa orang Melayu
- Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu tanpa sebarang syarat.
Jawatan dalam Kerajaan
- Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.
Peruntukan biasiswa
- Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.
Bantuan Ekonomi
- Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain.
- Kedudukan raja-raja Melayu
Aspek-aspek Sosial Lain
- Langkah memupuk mperpaduan cuba dicapai dengan pengenalan dan penerapan dasar sosial seperti:
RUKUN NEGARA
DASAR BELIA NEGARA
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
- Secara keseluruhannya,Malaysia berjaya mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional dengan adanya sikap tolak ansur dan kesederhanaan sesama kaum.
P
-
__
No comments:
Post a Comment