MELAKA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN AGUNG
- Kerajaan Melayu Melaka terkenal dengan empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan,ketenteraan,kawalan jajahan dan undang-undang.
- Meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu,sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.
- Menjadi pusat perdagangan dunia
- Kedudukannya yang strategik dan menjadi pusat pertembungan semua saudagar dari Timur dan barat,cthnya:
*China
*India
*Timur Tengah
*Asia Timur
*Kepulauan Melayu
- Perdagangan yang pesat telah menyebarkan agama Islam di Melaka dan akhirnya menjadi pusat penyebaran agama Islam.
- Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya.
- Menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak istana.
- Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa,perundangan,kebudayaan dan kesusasteraan.
FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA
- Faktor Semulajadi Atau Geografi
- Faktor Ekonomi
- Faktor Politik Dan Pentadbiran
FAKTOR SEMULAJADI ATAU GEOGRAFI
- Kegemilangan Melaka dari aspek perdagangan dipengaruhi oleh kedudukan geografinya yang terletak di tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsa .
- Ia juga berperanan sebagai penyambung pasaran perdagangan utama dunia,iaitu di antara benua INDIA dengan benua CHINA.
- Pelabuhan Melaka mempunyai kelebihan dari segi kedudukan 'DI PERTEMUAN ANGIN MONSUN' (pertembungan dua angin) yang membantu pelayaran :
*Angin Monsun Timur Laut -bertiup pada bulan November hingga Mac
*Angin Monsun Barat Daya-bertiup pada bulan April hingga Oktober
- Kedudukan di Selat Melaka menjadi satu kelebihan kerana selat ialah sebuah lorong sempit yang mesti dilalui oleh semua pedagang untuk ke mana-mana destinasi dan menjadikannya sebuah daratan yang berpotensi besar untuk disinggahi.
- Kedudukannya(SELAT MELAKA) juga strategik kepada kapal-kapal kerana terlindung daripada tiupan angin kencang.
- Kemasyhuran perdagangan Melaka juga dipengaruhi oleh kekayaan sumber asli persekitarannya(HASIL HUTAN) seperti kayu-kayan yang berpotensi dalam menghasilkan kayu wangi,damar dan rotan.
- Orang Melayu pesisir(di sepanjang sungai dan pantai Melaka) memainkan peranan penting sebagai penjual dan pengedar hasil-hasil hutan ,manakal pengumpulan hasil hutan sebenarnya dilakukan oleh masyarakat orang Asli
- Kelompok ini berkemahiran mengenal pasti jenis tumbuhan,akar-akar kayu seperti kayu gaharu wangi dan kayu barus yang bermutu ataupun yang rosak.
- Mereka juga yang berperanan membawa hasil hutan ke pantai,pinggir sungai dan kawasan penempatan kampung Melayu di Melaka dengan menggunakan jalan sungai.
- Sistem barter(pertukaran barang) diwujudkan antara masyarakat orang Asli dengan orang Melayu
- Pelabuhan Melaka juga menikmati kelebihan dengan adanya Semenanjung Tanah Melayu yang kaya dengan sumber galian,khasnya emas. Ia adalah kerana terdapat banyak tempat perlombongan emas di situ.
- Tradisi menggunakan warna kuning dalam institusi diraja Melayu Melaka dan negeri lain juga berkaitan dengan kemewahan penggunaan emas di istana raja Melayu
- Penciptaan kapal layar yang baik juga mendorong pedagang India keluar mencari sumber emas tersebut.
- Selain emas,bijih timah juga telah diusahakan sejak awal Masihi lagi dan ia juga terdapat banyak di Semenanjung Tanah Melayu
- Misalnya, bijih timah telah didagangkan ke India untuk dicampurkan dengan gangsa sejak abad ke-5 Masihi lagi.
- Timah digunakan dalam industri pembinaan patung dewa-dewi mereka.
- kaedah melombong tersebut telah mendatangkan keuntungan dan menjadi pengedar hasil timah pada dekad-dekad seterusnya.
- Daun nipah digunakan untuk menganyam tikar dan atap.Manakala nira nipah pula digunakan untuk membuat minuman arak dan kayu bakau dijadikan kayu api.
- Kedudukan geografi Semenanjung Tanah Melayu yang terlindung oleh Pulau Sumatera menggalakkan pertumbuhan plankton,iaitu tumbuhan laut yang menjadi makanan haiwan laut.Dan secara tidak langsung telah menggalakkan pertumbuhan hasil laut.
- Contohnya,siput,kerang dan tiram mutiara mudah didapati di sini,sehinggakan kulit atau cangkerang kowri (sejenis siput laut)yang pernah dijadikan mata wang sebelum mata wang logam diperkenalkan.
- Ia telah digunakan sejak abad ke-5 dalam perdagangan di ranatau ini.Pedagang Cina turut menggalakkan industri hasil laut kerana makanan(sup)dan perubatan mereka banyak menggunakan akar pokok 'bahar' dan juga 'teriang'.
FAKTOR EKONOMI
- Melaka dilimpahi kemewahan barang-barang dagangan dari negara luar
- Kekayaan hasil serantau seperti rempah,hasil rotan,kayu dan damar menjadi barang dagangan yang penting ketika itu
- Hasilnya,Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang berperanan sebagai pelabuhan entreport yang maju dan berjaya
FAKTOR POLITIK DAN PENTADBIRAN
- Hubungan yang rapat antara Melaka dan negara China telah memberi peluang kepada Melaka memperoleh perlindungan politik dan sekaligus dapat melindungi Melaka daripada ancaman Siam yang kuat pada waktu itu.
- Melaka mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap,terutamanya penglibatan Orang Laut dan tokoh-tokoh kerajaan.
- Kewujudan sistem undang-undang yang baik dan tersusun (HUKUM KANUN MELAKA DAN UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA)banyak membantu kerajaan mengekalkan keamanannya.
- Melaka mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang tersusun,termasuklah sistem cukai dan jual belinya.
- Hubungan diplomatik tersusun
- Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (LINGUA FRANCA)membolehkan komunikasi di Melaka berjalan dengan lancar.
KEJATUHAN MELAKA
- Kegemilangan Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah,Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah .Namun,kerajaan Melaka kian merosot pada akhir abad ke-15,terutamanya semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kepada kemerosotan ini,iaitu FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN
FAKTOR DALAMAN
- Kelemahan Pemerintah Melaka
- Kelemahan sistem pertahanan
- Kurangnya perpaduan rakyat Melaka
- Sikap pembesar yang tidak adil
- Pegangan agama Islam yang lemah
FAKTOR LUARAN
- Penemuan Tanjung Pengharapan
- Pengkhianatan dalam kalangan pembesar seperti Utimutiraja,seorang pemimpin Jawa yang membelot dengan membawa askarnya bagi pihak Portugis
- Perisikan dan intipan yang dilakukan oleh Portugis
- Melaka diserang oleh Portugis pada tahun 1509 dan 1511.Melaka gagal mempertahankan kotanya pada serangan yang kedua yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque pada 24 Julai 1511 bersama angkatannya (terdiri daripada 19 buah kapal perang dan 1400 orang tentera)yang berjaya menundukkan Melaka.
No comments:
Post a Comment