PENDUDUKAN KUASA ASING DI TANAH MELAYU
PENDUDUKAN PORTUGIS
- Portugis berjaya menawan Kota Melaka dan pelabuhannya pada tahun 1511. Sultan Mahmud dan puteranya Raja Ahmad yang berjaya mengundurkan diri dan menyambung era Kesultanan Melayu ke negeri-negeri lain(JOHOR DAN PERAK)
- Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun,iaitu dari tahun 1511-1641. Yang bertanggungjawab menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka ialah Alfonso de Albuquerque.
- Mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk militer atau ketenteraan. Ketuanya digelar Kapten Kota Melaka atau Gabenor Selatan yang bertugas selama 3-4 tahun.
- Seorang Kapten Angkatan Laut juga dilantik sebagai timbalan kepada Kapten Kota .Golongan tentera diketuai Kapten Jeneral yang berkhidmat setiap 3 tahun. Sistem keadilan diletakkan di bawah Ketua hakim dan proses pentadbiran,Kapten Kota dan timbalannya dibantu oleh Majlis Penasihat
- Portugis cuba bertahan di Melaka walau sering mendapat ancaman daripada waris Sultan Mahmud di Johor dan Aceh dan pada akhirnya mereka tetap tewas apabila diserang kuasa tempatan dari Johor yang mendapat bantuan Belanda pada tahun 1641
Jalan Perdagangan Akhir Abad ke-15 dan Laluan Pelayaran Portugis
- Sistem pentadbiran perdagangan yang dijalankan Portugis:
- Kapal-kapal pedagang diwajibkan membayar cukai 6-10% daripada hasil dagangan mereka
- Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang terlebih dahulu
- Portugis memonopoli barang-barang dagangan utama ,tetapi membeli barang tersebut dengan harga yang rendah dan menjualnya pada harga yang tinggi.
- Diskriminasi terhadap pedagang Islam
- Semasa zaman pendudukan Portugis di Melaka,rantau Melayu menyaksikan era Perdagangan Tiga Penjuru,iaitu antara Portugis di Melaka,Aceh dan Johor .
- Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun,hanya kekal di Kota Melaka sahaja. Faktor utama Portugis mengembangkan perluasan takluknya adalah untuk menyebarkan agama Kristian tetapi usahanya gagal.
- Kesan pendudukan Portugis adalah :
- Kelahiran masyarakat Serani hasil perkahwinan antara orang Portugis dengan penduduk tempatan.
- Pengenalan tulisan rumi(ROMAN)
- Penyerapan perkataan bahasa Portugis ke bahasa Melayu
PENDUDUKAN BELANDA
- Pada tahun 1559,ekpedisi Belanda tiba paling awal di Kepulauan Melayu dan selepas itu ramai pedagang Belanda yang berminat untuk berdagang di sana seperti:
- REMPAH RATUS
- BUAH PALA
- KAYU CENGKIH
- Tujuan utamanya adalah untuk menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu dan memonopoli perdagangan bijih timah.
BELANDA DI MELAKA
- Belanda berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa pada tahun 1619. Dan Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan.
- Belanda beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka bagi memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali.
- Akhirnya pada tahun 1641,Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka dengan bantuan Johor.
- Belanda telah melaksanakan beberapa dasar demi menjayakan matlamat mereka:
- Mewajibkan setiap kapal pedagang mendapatkan pas kebenaran berdagang di Melaka
- Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri Melayu (terutama di Perak,Selangor dan Sungai Ujong)dengan menandatangani perjanjian raja-raja Melayu.
- Belanda dikatakan telah mengumpul hasil-hasil timah berjumlah 500 ribu paun pada akhir abad ke-17 hingga abad ke-18
Bangunan Stadhuys di Melaka
BELANDA DI PERAK
- Pada awal tahun 1639,Sultan Muzaffar Syah II (Raja Sulong)membenarkan Belanda menjalankan perdagangan timah dan pada 1641,V.O.C menuntut monopoli penuh dagangan timah di Perak tetapi tidak dipersetujui oleh Sultan Muzaffar.
- John Truijtman dihantar ke Aceh untuk berunding
- Beliau ke Perak untuk menandatangani perjanjian dengan Sultan Muzaffar
- Pada tahun 1655 Truijtman sekali lagi ke Perak untuk menuntut beberapa perkara:
- Perjanjian supaya diperbaharui
- Memonopoli bijih timah sepenuhnya
- Menuntut ganti rugi sejumlah 50 ribu rial akibat kerosakan loji.
- Menuntut kerajaan Perak menghukum orang-orang yang terlibat dalam serangan sebelum ini
- Truijtman menyekat kapal-kapal di muara Sungai Perak dan mengepung Aceh .
- Belanda membina semula lojinya di Perak
- Pada tahun 1670,Belanda membina kota di Pulau Pangkor.
- Pada tahun 1690, kota dan loji Belanda terpaksa ditutup kerana diserang oleh pemimpin-pemimpin Perak.
- Hasilnya, satu perjanjian ditandatangani pada 25 Jun 1747 dan Belanda diberi kebebasan berniaga timah di Perak.
- Belanda turut membina kubu daripada kayu yang dikelilingi terusan selebar 12 kaki dan diletakkan pucuk meriam.
- Dasar kerjasama dengan Belanda kemudian diteruskan oleh Sultan Iskandar Zulkarnain.
BELANDA DI SELANGOR
- Pemerintahan Sultan Selangor yang pertama (Raja Lumu/Sultan Salehuddin),Kuala Selangor telah menjadi tumpuan saudagar terutama bagi membeli timah
- Di Kuala Selangor , satu bahara timah dijual dengan harga 38 rial
- Pada tahun 1757,Belanda pernah mengalahkan orang Bugis yang menguasai daerah Linggi
- Pada tahun 1770-an,Sultan Ibrahim dikatakan memainkan dua peranan penting dalam ekonomi Selangor:
- Pembekal hasil timah dari Selangor kepada British menawarkan harga yang lebih baik dan tinggi daripada Belanda
- Adakan hubungan baik dengan British untuk elak ancaman Belanda dari Melaka
- Persaingan ekonomi ditambah lagi dengan masalah politik yang meletus antara Johor dengan Belanda.
- Pada tahun 17795,Belanda menyampaikan surat Kew untuk menyerahkan Melaka dan semua tanah jajahannya di Timur buat sementara waktu kepada British disebabkan peperangan yang berlaku dengan Perancis.
- British berusaha untuk kembali mempengaruhi negeri-negeri Melayu. Dan British berjaya menguasai Melaka secara rasmi setelah menandatangani surat perjanjian Inggeris-Belanda
PENDUDUKAN BRITISH
- Merupakan satu lagi kuasa Barat yang berminat dengan kekayaan Tanah Melayu .
KEDATANGAN BRITISH KE TANAH MELAYU
- Pada awal abad ke-17, muncul pedagang awal British di Kepulauan Melayu
- Sekitar tahun 1730-an ,semakin ramai pedagang British kembali ke negeri Melayu lantaran perkembangan corak dagangan Asia Tenggara pada waktu itu.
- Kunjungan kapal-kapal British atau disebut country trades kerap ke Selangor telah menjadi faktor pertumbuhan perdagangan di Kuala Selangor
- 62 buah kapal British telah ke Melaka pada tahun 1778 dan pada tahun 1780 telah meningkat kepada 65 buah
- Selangor menyambut baik kedatangan pedagang British
- British semakin giat usaha untu memonopoli dagangan timah di negeri Melayu pada tahun 1795 terutama di Perak dan Selangor
- Pedagang-pedagang British juga mengorak langkah ke negeri Melayu lain seperti Kedah
- Sultan Muhammad Jiwa berjanji dengan seorang wakil British,Edward Monckton akan menjual semua hasil gading gajah,lada hitam dan bijih timah kepada Syarikat Hindia Timur
CAMPUR TANGAN BRITISH DALAM POLITIK NEGERI-NEGERI SELAT
- Paling ketara di negeri-negeri Melayu
- Dibuktikan melalui peristiwa pendudukan Pulau Pinang,pendudukan Singapura,Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dan Penubuhan Negeri-Negeri Selat(NNS)
- British mula mencari tapak yang strategik di Selat Melaka untuk dijadikan pangkalan
- Menemui Gabenor Jeneral NNS pada tahun 1780 dan mencadangkan Ujong Salang namun cadangannya ditolak
- Rancangan ini muncul semula pada tahun 1784 apabila Francis Light bertemu Sultan Abdullah dan dipersetujui olehnya
- Dengan bersyarat iaitu Syarikat Inggeris beri bantuan kepada Kedah untuk melawan musuhnya terutama Siam
PENDUDUKAN SINGAPURA
- Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura pada 6 Februari 1819
- Yang Dipertuan Muda telah mengangkat Tengku Abdul Rahman iaitu adik Sultan Hussin untu mengisi jawatan Sultan Johor-Riau
- Stamford Raffles menabalkan Tenhku Husin sebagai Sultan Singapura(dan Johor)
- Balasannya British dibenarkan membuka pangkalan tentera dan perdagangan di Singapura
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824
- Ditandatangani pada 17 Mac 1824 untuk memastikan penguasaan penuh British ke atas negeri di Tanah Melayu
- Pihak British diberikan hak ke atas kawasan utara Kepulauan Melayu ,sementara Belanda ke atas kawasan Selatan
- Empayar Johor -Riau telah musnah akibat perpecahan yang berlaku
- Empayar tersebut meliputi Johor,Singapura,Melaka dan Selangor telah terbahagi dua
- Akibatnya,petempatan asal di kawasan tersebut telah menrima kesan mendalam terhadap sistem pentadbiran (Malaysia dan Indonesia)
CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU
Dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti berikut:
- DORONGAN EKONOMI
- DORONGAN POLITIK
CAMPUR TANGAN DI PERAK
- Perak merupakan negeri Melayu terawal menerima kemasukan pengaruh politik British
- Perebutan takhta telah bermula sejak 1857 lagi
- Ia semakin melarat hingga berlakunya kumpulan kongsi gelap antara Ghee Hin dan Hai San
- Masalah ini telah menimbulkan suasana yang kurang kondusif untuk perkembangan perdagangan British
- Perjanjian Pangkor dimeterai pada 20 Januari 1874
- Antara syarat utama perjanjian ini adalah:\
⇒Takhta Kesultanan Perak diserahkan kepada Raja Abdullah
⇒Raja Ismail diberi gelaran Sultan Muda dan diberi pencen ⇒Daerah Larut diletakkan di bawah seorang Penolong Residen British yang bertanggungjawab menasihati Pembesar Larut , Ngah Ibrahim
⇒Sultan Abdullah bersetuju menerima seorang Residen British yang akan menasihati sultan dalam hal ehwal pentadbiran negeri kecuali agama dan adat istiadat.
⇒Ketua puak Ghee Hin dan Hai San setuju untuk berdamai,melucutkan senjata dan tubuhkan sebuah jawatankuasa umtuk tangani masalah tuntutan kawasan perlombongan
CAMPUR TANGAN DI SELANGOR
- British gunakan alasan situasi yang tidak aman seperti pembesar-pembesar mengutip cukai di kawasan masing-masing
- Menjelang akhir tahun 1873, rompakan di Selangor seperti di pantai semakin membimbangkan.
- Satu rompakan kapal saudagar Cina berlaku pada bulan Jun 1871
- Sebuah kapal British juga dirompak di Sungai , Langat pada 16 November 1873
- Berlaku sekali lagi rompakan di Sungai Langat dan Sungai Labu pada bulan Ogos 1874
- Andrew Clarke buat keputusan berkunjung ke Selangor dan membuat 3 kali rundingan dengan Sultan Abdul Samad
- J.G sebagai residen pertama di Selangor dan Frank Swettenham sebagai penolong residen
CAMPUR TANGAN DI SUNGAI UJONG

Permusuhan di antara Dato’ Kelana dan Dato’ Bandar seterusnya menyebabkan perlombongan bijih timah terhenti dan perdagangan Negeri-negeri Selat dengan Sungai Ujong terancam. Malahan, kedudukan Dato’ Kelana terancam oleh Dato’ Bandar yang lebih berpengaruh di Sungai Ujong. Oleh itu, Dato’ Kelana meminta bantuan Inggeris untuk mengukuhkan kedudukannya di Sungai Ujong. Sementara itu, saudagar-saudagar selat telah mengadu kepada Gabenor Sir Andrew Clarke tentang pengenaan cukai secara haram yang tidak menguntungkan mereka dan mendesak British supaya campur tangan di Sungai Ujong untuk melindungi kepentingan perdagangan mereka. Pada bulan April 1874, Sir Andrew Clarke telah mengambil keputusan untuk memihak Dato’ Kelana. Beliau mengadakan satu mesyuarat dengan pembesar-pembesar di Singapura untuk mewujudkan pengaruh British dan menamatkan kekacauan di Sungai Ujong. Mesyuarat itu hanya dihadiri oleh Dato’ Kelana Abdul Rahman dan Dato’ Muda Linggi. Hasilnya, perjanjian ditandatangani di antara Dato’ Kelana dan Inggeris pada 21 April 1874. Melalui perjanjian ini:
- Dato’ Kelana diisytiharkan sebagai pemerintah yang sah di Sungai Ujong. Beliau berjanji memerintah Sungai Ujong dengan adil.
- Dato’ Kelana bersetuju memberi perlindungan kepada saudagar-saudagar British dan mengenakan cukai yang berpatutan.
- Dato’ Kelana bersetuju juga menjaga kepentingan British di Sungai Ujong.
CAMPUR TANGAN DI NEGERI SEMBILAN
Perbalahan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan:
(i) Perebutan kuasa antara Dato' Kelana Syed Abdul Rahman dengan Dato' Bandar Kulop Tunggal di Sungai Ujong yang kaya dengan bijih timah.
(ii) Dato' Kelana menandatangani perjanjian menerima perlindungan dari British pada tahun 1874.
(iii) Dato' Kelana diiktiraf sebagai pemerintah di daerah Sungai Ujong tetapi pihak British berkuasa penuh mengutip cukai di Sungai Linggi.
(iv) P .J. Murray dilantik sebagai Residen British yang pertama di daerah Sungai Ujong.
(v) Dato' Bandar tidak mengiktiraf perjanjian tersebut dan menentang tindakan British
(vi) Dato' Kelana dan pihak British menewaskan Dato' Bandar.
(vii) Dato' Bandar dibuang negeri ke Singapura. Bagaimana British campur tangan di daerah lain di Negeri Sembilan
(viii)British menguasai Rembau, Jelebu, dan Seri Menanti. British menempatkan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.
(ix) Semua daerah Negeri Sembilan disatukan pada tahun 1895.
(x) Tunku Muhammad Ibni Yamtuan Antah ditabal sebagai Yang Dipertuan Besar.
(xi) Martin Lister dilantik sebagai Residen British.
CAMPUR TANGAN DI PAHANG
Kekayaan hasil bumi Pahang telah menarik minat penjajah Inggeris, tetapi telah beberapa kali gagal dalam usahanya untuk menakluki negeri itu. Pada tahun 1885 Frank Swettenham telah diutuskan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat untuk mengadakan perjanjian dengan Sultan Ahmad, tetapi gagal. Pada tahun 1887 Hugh Clifford pula telah diutuskan untuk mengikat Perjanjian Pertahanan tetapi telah juga ditolak oleh Sultan Ahmad. Akhirnya Sir Fredrick Weld, Gabenor Negeri-Negeri Selat sendiri telah pergi ke Pahang mengadap Sultan Ahmad dan telah mendesak baginda menandatangani perjanjian dengan Inggeris. Sultan Ahmad yang telah dipengaruhi oleh Sultan Johor, Sultan Abu Bakar, akhirnya terpaksa menandatangani perjanjian menerima seorang wakil Inggeris di negeri Pahang.
SISTEM RESIDEN
vSistem Residen membolehkan British lebih berkuasa terhadap negeri-negeri Melayu dalam semua aspek, terutamapemerintahan dan ekonomi tanpa menanggung bebanbelanja tambahan dan tanggungjawab sepenuh sebagaimana yang dilakukan di NNS.
vMatlamat Sistem Residen:
- Menegakkan keamanan melalui peruntukan perundangan.
- Mewujudkan satu sistem pentadbiran awam dan pemungut cukai yang teratur.
- Mengeksploitasi sumber semula jadi negeri-negeri Melayu.
vKesan-kesan Residen:
- Pembangunan ekonomi negeri mula mencapai kemajuan,
penempatan mula berkembang serta berlaku
ketidakseimbangan pangagihan kekayaan antara negeri.
- Sultan tidak lagi berkuasa mutlak.
NEGERI-NEGERI SELAT(NNS)
- British bertindak menyatukan Singapura, Pulau Pinang danMelaka di bawah satu pentadbiran yang dinamakan NNS.
- NNS diketuai oleh Gabenor di setiap wilayah dan dibantuoleh Residen Konsular
- Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
- NNMB merangkumi negeri Perak, Selangor, Pahang danNegeri Sembilan yang diketuai oleh seorang Residen Jeneral.
- Faktor-faktor penubuhan NNMB:
- Masalah kewangan di Pahang.
- Kelemahan sistem Residen.
- Mengurangkan belanja untuk pentadbiran.
NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU(NNMTB)
Gabungan terbentuk apabila British menandatangani Perjanjian Bangkok Negeri dibawah naungan kuasa Siam (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu) diserahkan kepada British.
-British berhasrat untuk menggabungkan NNMBdan NNMTB tetapi gagal kerana mendapat tentanganhebat daripada raja-raja Melayu NNMTB.
Pengagihan kuasa Pusat ( Desentralisasi 1920-1941)
-Rancangan pengagihan kuasa pusat dikemukakan olehPesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.
-Beberapa cadangan dikemukakan oleh Pesuruhjaya TinggiBritish (Guillemard) diterima.
-Desentralisasi bermotifkan penguasaan ekonomi Tanah Melayu dan merupakan satu strategi penguasaan British ke atas negeri-negeri Melayu.
NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB)
Negeri-negeri Melayu Bersekutu merupakan gabungan 4 buah negeri di Tanah Melayu iaitu Perak, Negeri sembilan, Selangor dan Pahang yang telah disatukan dalam satu pentadbiran berpusat. Pentadbiran ini juga dikenali sebagai Persekutuan 1896.
--Idea awal penubuhan persekutuan ini telah dikemukakan oleh Sir Fredrick Weld. walaupun idea ini ditolak namun terus diusulkan sehinggalah Frank Swettenham berjaya mendapat persetujuan daripada keempat-empat sultan untuk menerima pembentukan persekutuan ini
-Hasil kerjasama erat dan hubungan baik Frank Swettenham dan sultan-sultan Melayu, akhirnya pada 1 Julai 1896, persekutuan dilaksanakan secara rasmi
PENGAGIHAN KUASA PUSAT(DESENTRALISASI 1920-1941)
Menurut L.A.Mills, desentralisasi didefinasikan sebagai “Ia melibatkan pemulangan kuasa pentadbiran, perundangan dan kewangan secara berperingkat oleh keraja pusat kepada kerajaan negari. Pada masa yang sama juga, kerajaan pusat mengekalkankuasa yang cukup untuk menjaga keselarasan pentadbiran dan kestabilan kewangan”.Pembentukan Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu system pemusatan kuasa yang Keterlaluan di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur.
SEBAB-SEBAB PENGAGIHAN KUASA PUSAT
o Sultan-sultan merasa tidak puas hati kerana kuasa pentadbiran di tangan Residen Jenaral manakala semua jabatan penting di kuasai oleh kerajaan pusat.
o Sultan juga tidak puas hati dengan penyertaan mereka dalam MMP, misalnya mereka tidak mempunyai undi pemutus serta Pesuruhjaya Tinggi/Gabenor NNS boleh menjalankan peranannya tanpa kehadiran Sultan.
o Pihak British berpendapat pengagihan kuasa perlu bagi menarik minat NMTB bergabung dengan NMB.
o Pengagihan kuasa dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan pusat terutama dalam era kegawatan ekonomi dunia tahun 1920 an.
FAKTOR BRITISH MEMPERKENALKAN DESENTRALISASI
· Sultan di NNMB tidak berpuas hati dengan pemesatan kuasa pentadbiran di tangan Pesuruhjaya Tinggi. Hal ini menyebabkan mereka kehilangan kuasa.
- Pihak British ingin menyatukan negeri-negeri Melayu Keseluruhannya yang sebelum ini terdiri daripada 3 kawasan politik, ialah NNMB ,NNMTB ,NNS.
- Kerajaan British berhasrat mengurangkan perbelanjaan Pentadbiran , terutama semasa kemelesetan dunia pada tahun 1920-an.
- Wujud persaingan kuasa antara Residen Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi dalam hal ehwal pentadbiran.
1.2.4 REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN BRITISH
PENENTANGAN DI NANING (1831-1832)
- Naning merupakan sebahagian daripada Melaka. Gabenor Fullerton menyatakan Naning perlu bayar 1/10 daripada hasil ekonomi kepada British
- Cadangan British ditentang oleh Dol Said (Penghulu Naning). Perang Naning tercetus pada bulan Julai 1831
- Naning diisytiharkan sebagai sebahagian wilayah Melaka.
- Februari 1834 Dol Said menyerah diri
PENENTANGAN DI SELANGOR
- Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.
- 1868,sultan Selangor lantik Tengku Kudin (Wizurai Selangor) dan bantu Raja Ismail merampas Kelang.British campur tangan dan beri sokongan menentang Raja Mahadi.Walaupun hanya perang saudara tetapi campur tangan British telah mendapat tentangan penduduk tempatan
PENENTANGAN DI PERAK
a) British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh sultan dan Pembesar Melayu
b) paksa sultan tanda tangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan British 1875
c) pembaharuan oleh J.W.W Birch :
- Hapus sistem perhambaan
- beri perlindungan kepada hamba
- campur tangan dalam adat resam orang melayu
d)sikap peribadi Birch
- buat pembaharuan secara tergesa-gesa
- tidak boleh berbahasa melayu
- Dato Maharajalela, Dato Sagor Dan Pak Endut dan Seputum menentang British dan membunuh Birch pada Nov 1875 di Pasir Salak
- Mereka dihukum di Matang 1879. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles
PENENTANGAN DI PAHANG
- Penentangan bermula apabila British lantik J.P Rodger sebagai Residen Pahang 1888. Beliau telah memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret serta memperkenalkan sistem lesen dan permit (pungut hasil hutan), cukai tanah dan sistem kerah.
- Pembesar Melayu Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melancarkan pemberontakan pada Dis 1891 dan serang balai Polis Lubuk Terua dan Kuala Tembeling.
- Pemberontakan berakhir pada tahun 1895.Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam.
PENENTANGAN DI KELANTAN
- Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan kepada Brirish dan James Scott Mason - penasihat British Julai 1909
- Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut)
- Punca penentangan:
a) ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram
b) Sistem Tanah Baru 1915
c) Pengenalan cukai hasil pertanian
d) Sikap pegawai British
- Sikap Pegawai Daerah iaitu Che Abdul Latif menimbulkan kemarahan orang ramai.Tercetus pemberotakan diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Puteh 29 April 1915.Pemberontakan tamat pada 24 Mei 1915.
PENENTANGAN DI TERENGGANU
- Pemberontakan di Terengganu yang diketuai oleh Haji Abdul Rahman Haji Abdul Hamid (Haji Abdul Rahman Limbong) dikenali sebagai pemberontakan Tani pada 1928
- Faktor pemberontakan Tani:
a) pungutan cukai tanah, hasil tanah dan cukai kepala
b) perkenalkan sistem pendidikan barat
c) perkenalkan pas kebenaran untuk membuka tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan .
- Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang balai Polis dan pejabat daerah di Kuala Berang.
- Pemberontakan dapat ditumpaskan. Abdul Rahman Limbong dibuang ke Mekah.
PENENTANGAN DI SARAWAK
- Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh dinasti Brooke.
- Beberapa pemberontakan berlaku:
a) Rentap
- 1853, Brooke hapuskan amalan memburu kepala manusia yang menjadi amalan tradisi orang peribumi Sarawak. Melalui Rentap mereka menyerang Kubu Brooke di Sungai Skrang dan bunuh pegawai Brooke iaitu Alan Lee.
- 1861 , Brooke lancar serangan secara besaran Kubu Rentap di Bukit Sadok
b) Banting
- ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan akibat tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan hapus adat dan amalan tradisi tempatan
- 1908, Brooke berjaya tewaskan Banting
c) Sharif Masahor
- penentangan berpunca daripada tindakan James Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kawasan Sungai Rejang
- Beliau merupakan Gabenor Sarikei di sungai Rejang dilantik oleh sultan Brunei
d) Asun
- semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920, orang Dayak menentang pembayaran cukai dan memberontak di sungai Kanowit diketuai oleh Penghulu Asun
- 1932, Asun menyerah diri dan di buang negeri ke Lundu
PENENTANGAN DI SABAH
- Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British
- Dua pemberontakan tercetus iaitu :
a) Pemberontakan Mat Saleh
- Mat Saleh berketurunan Bajau dan Suluk. Berpunca akibat pengenaan cukai, pembangunan secara besar-besaran dan sekatan terhadap pembesar tempatan.
- Siri penentangan tercetus di Sungai Sugut (1894) , serang perlabuhan Syarikat di Pulau Gaya (1897). Akhirnya Mat Saleh terbunuh pada tahun 1900.
b) Kebangkitan Rundum
- diketuai oleh Antanu pada1915
- faktor pemberontakan
- cukai keatas beras dan ubi kayu, ordinan hutan dan kerah rakyat membina jalan-jalan kecil di hutan
- Feb 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan. Gagal dan Antanu di tawan dan dihukum bunuh.
PENDUDUKAN JEPUN
- Golongan tentera telah pun menguasai politik negara Jepun sejak tahun 1932.
- Golongan tentera ini telah serang negara China pada tahun 1937
- Jepun bersekutu dengan Jerman dan Itali dalam Perang Dunia Kedua untuk menentang Kuasa Berikat yang dianggotai oleh British dan Amerika Syarikat
- Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941
- Seluruh Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun menjelang pertengahan Februari 1942
PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU
Jepun memerintah Tanah Melayu bercirikan sistem ketenteraan dengan matlamat utamanya:
Memulihkan keadaan awam
- Jepun ingin memulihkan keadaan masyarakat tempatan yang didakwanya sebelum ini huru-hara atau tidak aman ekonomi penentangan terhadap pemerintah Barat.
- Mereka ingin mewujudkan pemerintahan 'Asia untuk Orang Asia'.
Memonopoli sumber ekonomi di Tanah Melayu
Jepun ingin menggunakan hasil ekonomi untuk:
- membantu masalah ekonomi yang sedang melanda Jepun pada waktu itu
- menanggung pembiayaan tentera-tenteranya di Tanah Melayu dan jajahan yang lain.
- Pembiayaan adalah dalam bentuk senjata,makanan dan kemudahan ketenteraan.
Antara corak pentadbiran ketenteraan Jepun di Tanah Melayu adalah seperti berikut:
1.Pentadbiran Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malai Baru bertanggungjawab kepada Ketua Agung Tentera(Pengarah Agung),kawasan ketujuh di Singapura.
2.Setiap negeri pula diketuai oleh seorang Gabenor Jepun atau Syuchokan yang dibantu oleh Majlis Wilayah(Penasihat) yang kecil orang Melayu turut menganggotai majlis ini,manakala sebilangan besar dianggotai oleh tentera Jepun sendiri.
3.Singapura yang dikenali sebagai Syonan ditadbir bersama dengan Malai Baru dan Sumatera.
4.Negeri-negeri Melayu Utara yang terdiri daripada Kelantan,Terangganu,Perlis dan Kedah diserahkan kepada Negara Thai pada bulan Ogos 1943
TANAH MELAYU SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN
- Keganasan 14 Hari
- Jepun meninggalkan Tanah Melayu selepas kalah
- Berlaku “kekosongan Politik” kerana tiada kuasa yang memerintah
- Kekosongan politik – suatu masa atau keadaan sesebuah negara atau negeri yang tidak mempunyai sebuah kerajaan atau pemerintah
- Tentera MPAJA dikenalisebagai “BintangTiga”
- MPAJA telah menguasai – bandar, daerah-daerah penting, balai polis &pejabat pentadbiran kerajaan
- MPAJA juga menjalankan;
#Undang-undang sendiri seperti – menghukum sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun
#Mengenakan cukai kepala,cukai harta dan cukai tanah
FAKTOR YANG MEMUDAHKAN KEJAYAAN JEPUN:
- Pihak British kurang bersedia
- Kelewatan tentera bantuan dari London dan India yang berlaku berikutan masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan British
- Jepun menyerang melalui jalan laut dan tidak melalui udara seperti yang dijangkakan oleh kerajaan British.
- Persediaan tentera Jepun yang lengkap
- Tentera Jepun cukup terlatih,berpengalaman,bersemangat tinggi dan mempunyai taktik peperangan yang baik(mereka tahan lasak hingga sanggup gunakan basikal untuk meredah hutan)
SOSIAL:
- Negara mengalami masalah kekurangan beras ekoran sistem perdagangan yang kacau-bilau
- Penduduk juga mengalami masalah kesihatan
- Meningkatkan jumlah kematian
- Perhubungan jalan raya semakin maju dan wujudnya 'highway'
- Kereta api masih digunakan lagi
EKONOMI:
- Banyak barang keperluian utama tidak dapat diperoleh seperti tekstil dan ubat-ubatan
- Nilai mata wang negara turut jatuh dengan teruk
- Wujudnya perbezaan pendapatan antara kaum dan wilayah
- Sistem muamalat(jual beli) secara Islam juga telah diperkenalkan dan diamalkan
- Struktur ekonomi lebih moden dan bersifat dwiekonomi
POLITIK:
- Kebebasan bersuara rakyat disekat
- Orang Melayu mendapat banyak peluang dan pengalaman dalam bidang pentadbiran
- Pendudukan Jepun telah memberi kesedaran politik kepada masyarakat tempatan untuk mencapai kemerdekaan
- Malaysia mula mengamalkan konsep demokrasi berparlimen bermula dari awal kemerdekaan lagi sehinggalah sekarang
- Memberi keyakinan kepada orang Melayu untuk memperjuangkan negara sendiri
No comments:
Post a Comment